“Tak jatuh hina pun kahwin janda!” – Fazley Yaakob selar netizen persoal pilihan Syed Saddiq

“Tak jatuh hina pun kahwin janda!” – Fazley Yaakob selar netizen persoal pilihan Syed Saddiq

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menyelar segelintir pengguna media sosial yang mempertikaikan pilihan pasangan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, susulan isu perkahwinannya dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazley meluahkan rasa kesal apabila masih terdapat individu yang memandang rendah terhadap wanita berstatus janda, khususnya mereka yang mempunyai anak.

Menurutnya, status seseorang wanita sama ada pernah berkahwin atau masih bujang bukanlah ukuran yang menentukan kebahagiaan sesebuah rumah tangga.

“Ramai jugak orang yang ‘bodoh piang’ eh zaman2 threads ni? Bila BASS dah nikah, banyak pulak yang persoalkan kenapa pilih janda anak dua?!
“Yang anak dara belum tentu boleh membahagiakan selamanya, dan yang janda pulak mana tahu boleh bantu bawak ke pintu syurga! Tak jatuh hina pun kahwin janda, dan bukan dapat anugerah pun kahwin anak dara,” ciapannya, semalam.

Dalam pada itu, Fazley turut mengingatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya mempertikaikan jodoh dan pilihan hidup seseorang, sebaliknya mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

Screenshot

“Chill ok guys.. doakan kebahagian orang dapat pahala tau dari buat dosa kering persoalkan takdir dan jodoh! Mu kecek supo anok sete! Natey beruk!” ujarnya.

Kenyataan tersebut dibuat susulan reaksi segelintir netizen yang mempersoalkan pilihan Syed Saddiq untuk mendirikan rumah tangga dengan Bella, yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata.

Teguran Fazley itu sekali gus menekankan bahawa status ibu tunggal bukanlah sesuatu yang wajar dijadikan bahan penghinaan atau ukuran nilai seseorang wanita dalam perkahwinan.

Sumber: Threads fazleyyaakob

Scroll to Top