Nak Masakan Yang Confirm Jadi? Chef Wan Ada Rahsia Nak Bongkarkan Dengan S&P Santan PRO! | Oh! Media

Nak Masakan Yang Confirm Jadi? Chef Wan Ada Rahsia Nak Bongkarkan Dengan S&P Santan PRO! | Oh! Media

Artikel Tajaan · Apa maksudnya?

Kalau sebut masakan Malaysia, memang susah nak lari daripada santan.

Daripada rendang, kari dan laksa hinggalah kuih-muih serta pelbagai juadah tradisional, santan memang antara bahan yang cukup sinonim dengan selera rakyat Malaysia.

Malah, menurut Datuk Chef Wan, pemilihan santan yang tepat juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan hidangan yang lebih enak dari segi aroma, tekstur dan rasa.

Sebab itulah pelancaran S&P Santan PRO di MAHA 2026 ini cukup menarik perhatian, apabila S&P Santan tampil dengan wajah dan formula baharu serta membawa proposisi “Lebih Pekat, Lebih Aroma”.

Lebih 40 Tahun Kepakaran Dalam Industri Produk Kelapa

Untuk korang yang mungkin baru nak kenal dengan S&P Santan, sebenarnya pengalaman di sebalik jenama ini bukanlah sesuatu yang baharu.

S&P Industries Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1983 dan mempunyai lebih empat dekad pengalaman dalam produk industri berasaskan kelapa.

Sepanjang tempoh tersebut, S&P telah membina kepakaran menerusi aktiviti pembuatan, eksport ke pasaran antarabangsa serta kerjasama OEM

Kini, pengalaman yang dibina selama lebih 40 tahun itu mahu dibawa lebih dekat kepada pengguna Malaysia menerusi pembaharuan jenama S&P Santan dan pengenalan S&P Santan PRO.

S&P Santan PRO – Lebih Pekat, Lebih Aroma

1 hero

Hadir dalam pilihan 200ml dan 1 liter, S&P Santan PRO menawarkan pilihan praktikal mengikut keperluan pengguna — sama ada untuk masakan harian di rumah mahupun penyediaan dalam kuantiti yang lebih besar.

Selain proposisi Lebih Pekat, Lebih Aroma, S&P Santan PRO turut menawarkan kelebihan bebas kolesterol.

Sama ada untuk hidangan keluarga, resipi tradisional Malaysia ataupun sajian istimewa musim perayaan, S&P Santan PRO boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan bersantan.

Datuk Chef Wan Jadi Duta S&P Santan

Kalau ada satu nama yang memang cukup sinonim dengan dunia masakan Malaysia, pastinya Datuk Chef Wan.

Sebagai Duta S&P Santan, personaliti kulinari terkenal ini turut membawa mesej tentang kepelbagaian makanan dan kekayaan budaya masakan Malaysia menerusi kempen terbaharu jenama tersebut.

Menurut Chef Wan, santan merupakan antara bahan penting dalam masakan Malaysia kerana ia digunakan dalam begitu banyak hidangan — daripada rendang dan kari hinggalah laksa, kuih-muih dan pencuci mulut.

Yang paling penting, katanya, pemilihan santan yang tepat boleh memberikan perbezaan kepada aroma, tekstur dan keseluruhan keenakan sesuatu hidangan.

Bagi Chef Wan, keistimewaan S&P Santan PRO pula terletak pada fokusnya terhadap apa yang benar-benar penting dalam masakan — lebih pekat, lebih aroma serta memberikan hasil yang konsisten.

Tak hairanlah pemilihan santan pun sebenarnya antara ‘rahsia’ yang tak patut kita pandang ringan kalau nak masakan lebih menjadi!

“S&P Santan Kita, Santan Malaysia”

Bersama pelancaran S&P Santan PRO, S&P Santan turut memperkenalkan kempen “S&P Santan Kita, Santan Malaysia”.

sp 0634

Kempen ini meraikan kepelbagaian makanan, budaya dan cita rasa yang dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia.

Wani Kayrie Sumbangkan Suara

fi lalamove 54

Selain Datuk Chef Wan, penyanyi dan Selebriti S&P Santan, Wani Kayrie turut menyumbangkan suara dan tenaga menerusi video muzik rasmi “S&P Santan Kita, Santan Malaysia”.

Video muzik tersebut menggabungkan elemen makanan Malaysia, muzik, tarian dan kisah masyarakat berbilang budaya.

Menurut Jessi Choong, Pengarah Pemasaran S&P Industries Sdn Bhd, muzik dan makanan mempunyai satu persamaan yang cukup istimewa, iaitu kedua-duanya mempunyai kuasa untuk menyatukan masyarakat.

Menerusi tenaga dan muzik Wani Kayrie, S&P Santan mahu menghidupkan kisah jenama dengan cara yang boleh ditonton, dinyanyikan bersama dan diingati oleh rakyat Malaysia.

Kemeriahan Pelancaran S&P Santan PRO di MAHA 2026

S&P Santan PRO telah dilancarkan secara rasmi pada 1 September 2026 sempena MAHA 2026, yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September.

Majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), bersama Pengerusi S&P Industries, Dato’ Ibrahim, barisan pengurusan S&P, rakan strategik (Mardi Corp), wakil industri, media serta para tetamu.

Kehadiran para tetamu kehormat ini menjadikan pelancaran tersebut lebih bermakna, sekali gus mencerminkan langkah S&P untuk terus memperkukuhkan jenama S&P Santan dan membawa kepakarannya dalam produk berasaskan kelapa lebih dekat kepada pengguna Malaysia.

Sepanjang acara tersebut, pengunjung berpeluang mengenali S&P Santan PRO dengan lebih dekat menerusi pelbagai aktiviti seperti demonstrasi memasak, sesi merasa produk, demonstrasi produk dan aktiviti interaktif bersama pengguna.

booth activities

Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan demonstrasi masakan secara langsung oleh Datuk Chef Wan, persembahan khas Wani Kayrie serta aktiviti memasak Rewang Rakyat, yang menyediakan 1,000 hidangan masakan secara percuma kepada pengunjung MAHA 2026 menerusi kerjasama bersama pihak penganjur MAHA 2026 dan MARDICorp.

sp 0705

S&P turut menyokong beberapa program Rewang Rakyat terpilih menerusi produk termasuk S&P Santan PRO, selari dengan semangat komuniti, makanan Malaysia dan kebersamaan yang dibawa menerusi “S&P Santan Kita, Santan Malaysia

Bukan setakat boleh cuba S&P Santan PRO tau! Sempena pengenalan wajah dan formula baharu ini, S&P Santan turut mengadakan Peraduan Beli & Menang sehingga 31 Oktober inidengan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM80,000!

contest

Ikuti laman sosial rasmi S&P Santan di Facebook, Instagram, dan Tiktok untuk mendapatkan info terkini serta resipi-resipi menarik hasil Chef Wan.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

Scroll to Top