Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanafiah berkongsikan anak-anak tirinya turut terkena termpias susulan kontroversi melanda dirinya dan suami.
Menerusi perkongsian di Instagram, Watie berkata Matin dan Thalita berkata mereka menerima pertanyaan daripada rakan-rakan serta guru mengenai keadaan ibu bapa mereka.
BACA: Watie Dedah Ayash Affan Disahkan Autisme Ringan
“Thalita & Matin: Hari ini Mummy ada teacher Matin & Thalita yang tanya dekat kitorang ayah awak okay, mummy awak okay. Ada kawan-kawan yag bertanya betul ke ‘Mummy & Daddy awak ada hubungan ketika ibu awak masih hidup lagi,” tulisnya.
Bagaiamanapun, Watie berkata dia tersentuh apabila anak-anak bukan saja memahami apa yang berlaku malah turut bangga dengan jawapan matang yang diberikan.
“Thalita: Tata cakap dengan dorang sebenarnya ini bukan ujian Mummy dan Daddy saya seorang tapi ni pengajaran untuk kita juga supaya kita semua kena jaga mulut, jaga penulisan, jangan pernah bercakap pasal orang yang mungkin akan menjadi fitnah.
“Matin: Ya matin pun cakap lepas ni apa yang dalam media sosial tu kalau kita terbaca jangan terus percaya dan tuduh sebab benda tu berlaku dekat dalam family aku.
“Terima kasih anak-anak. Di waktu dan ketika ini tiada apa yang lebih penting dalam dunia ini selain dari kekuatan dan pandangan.,” tulisnya.




