Lelaki Malaysia Ditahan Bawa Kokain 5kg Di Jepun Dakwa Petugas Lapangan Terbang Sudah Dibayar | Oh! Media

Lelaki Malaysia Ditahan Bawa Kokain 5kg Di Jepun Dakwa Petugas Lapangan Terbang Sudah Dibayar | Oh! Media

Trending

Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun selepas disyaki cuba menyeludup 5kg kokain. Seorang suspek mendakwa petugas lapangan terbang sudah dibayar.

Lima rakyat Malaysia yang ditahan di Jepun selepas disyaki cuba menyeludup lima kilogram kokain mencuri perhatian apabila salah seorang suspek mendakwa petugas lapangan terbang sudah menerima bayaran supaya mereka tidak diperiksa.

Menurut laporan Harian Metro, dakwaan itu dilaporkan Fuji News Network (FNN) pada Isnin lalu, yang memetik kenyataan seorang suspek lelaki berusia 24 tahun berhubung cubaan membawa masuk dadah melalui Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.

Saya diberitahu petugas lapangan terbang sudah dibayar, jadi kami tidak akan diperiksa. Sebab itu saya berasa lega.

Bagaimanapun, laporan tersebut tidak menjelaskan lapangan terbang yang dimaksudkan atau mengesahkan sama ada sogokan benar-benar berlaku.

Lima rakyat Malaysia sembunyikan dadah disogok?

dadah kasut jepun

Menurut laporan FNN, lima rakyat Malaysia itu dipercayai menerima tawaran berkenaan kerana menghadapi masalah kewangan sebelum cuba membawa masuk kokain yang disembunyikan di bawah pelapik kasut.

BACA: Rakyat Malaysia Ditahan Di Jepun, Disyaki Seludup Kokain Bernilai RM3.2 Juta!

Kegiatan tersebut terbongkar selepas pegawai Kastam Jepun mengesyaki seorang daripada suspek yang memakai kasut dengan tapak terlalu tebal.

Pemeriksaan lanjut kemudian menemukan dadah berkenaan yang dipercayai dibawa oleh setiap suspek.

Difahamkan, setiap seorang dipercayai membawa kira-kira satu kilogram kokain, dengan 500 gram disembunyikan di dalam setiap kasut.

Apa tindakan PDRM tentang isu ini?

ohmedia rakyat malaysia dadah jepun

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan dua lelaki dan tiga wanita rakyat Malaysia ditahan pada 10 Oktober lalu.

Beliau turut memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar pasukan siasatan ke Jepun bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai penahanan tersebut.

Siasatan itu juga akan meneliti kemungkinan wujudnya kaitan dengan rangkaian sindiket dadah di Malaysia dan peringkat antarabangsa.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Scroll to Top