Naib Ketua Penaja Bersatu Ampang letak jawatan

Naib Ketua Penaja Bersatu Ampang letak jawatan

AMPANG – Naib Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Ampang, Mohamad Azhar Hamzah mengumumkan peletakan jawatan daripada semua jawatan yang disandang dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Mohamad Azhar berkata, peletakan jawatan itu turut membabitkan kedudukan beliau sebagai Penyelaras Bersatu Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan, peluang serta pengalaman yang telah diberikan sepanjang penglibatan dalam parti.

“Saya turut mendoakan agar segala urusan parti dan kepimpinannya sentiasa dipermudahkan serta terus berjalan dengan baik,” katanya.

Peletakan jawatan itu dimaklumkan menerusi surat rasmi kepada Ketua Bersatu Bahagian Ampang, Dr Nor Hizwan Ahmad.

Scroll to Top