BESUT: Dua beranak dilaporkan tersesat semasa mencari akar kayu di kawasan hutan berhampiran kawasan rekreasi La Hot Spring di sini, sejak pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Rozaime Ab Rahim berkata, mangsa Adam Adnan, 25, dan bapanya Adnan Mohamad, 57, masuk ke hutan berkenaan pagi semalam namun kira-kira 3.30 petang, seorang daripada mereka menghubungi ahli keluarga dan memaklumkan tersesat.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Susulan laporan yang diterima, usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta dibantu penduduk kampung,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan. – UTUSAN




