Kontroversi khalwat, apa bakal jadi pada Nik Nazmi? Rafizi serah kepada kepimpinan BERSAMA!

Kontroversi khalwat, apa bakal jadi pada Nik Nazmi? Rafizi serah kepada kepimpinan BERSAMA!

Kedudukan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam Parti Bersama Malaysia (Bersama) susulan penahanannya bagi siasatan kes khalwat akan diputuskan menerusi proses dalaman parti.

Pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, sebarang tindakan terhadap Nik Nazmi hanya akan ditentukan selepas beliau mengeluarkan kenyataan berhubung insiden tersebut.

“Tak apalah, itu yang memang kita bincangkan. Memang perlu dia keluar kenyataan dahulu, kemudian proses lain dalam parti itu akan ditentukan oleh parti,” katanya.

BERSAMA tidak akan sertai mana-mana gabungan parti

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Kenduri Bersama di Taman Kencana, Parlimen Pandan, hari ini.

Ditanya mengenai kemungkinan Nik Nazmi diberikan cuti daripada parti, Rafizi menjelaskan bahawa keputusan itu bukan di bawah bidang kuasanya memandangkan beliau hanya ahli biasa.

“Parti akan melalui proses itulah sebab saya dengan ini sebenarnya ahli biasa. Jadi kepimpinan parti itu kena melalui proses itu, jadi kita tunggu kalau presiden, Syukri Razab keluarkan kenyataan,” katanya lagi.

Terdahulu, Nik Nazmi mengesahkan dirinya antara individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membantu siasatan kes khalwat melibatkan seorang wanita bukan mahram di Petaling Jaya pada 15 Oktober lalu.

Menerusi kenyataan pada Sabtu, beliau mengakui kesilapan pertimbangan ketika kejadian dan memohon maaf kepada isteri, keluarga serta pihak yang terkesan.

Nik Nazmi turut memohon maaf kepada Bersama kerana mengecewakan ahli dan penyokong parti, selain menyatakan kesediaan menerima sebarang keputusan yang dibuat oleh kepimpinan.

Sumber: MalaysiaGazette

Scroll to Top