Yusuf Islam ziarah Tun Dr Mahathir, titip doa buat Tun Dr Hasmah

Yusuf Islam ziarah Tun Dr Mahathir, titip doa buat Tun Dr Hasmah

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi dan penulis lagu legenda Britain Yusuf Islam atau sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Pertemuan itu dikongsikan di hantaran Facebook beliau bersama sekeping gambarnya bersama Dr Mahathir.

“Hari ini saya melawat Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia, yang isterinya, Dr Hasmah, baru sahaja meninggal dunia, dan membaca al-Fatihah (untuk arwah).

“Mereka sudah berkahwin selama 70 tahun. Beliau (Dr Mahathir kini) berusia 101 tahun, dengan izin Allah,” kongsinya.

Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada 28 September lalu.

Allahyarhamah disemadikan di Pusara Negara, Putrajaya, pada hari sama, menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top