Jerebu: 23 lokasi catat IPU tidak sihat setakat jam 7 pagi

Jerebu: 23 lokasi catat IPU tidak sihat setakat jam 7 pagi

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sebanyak 23 lokasi di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 7 pagi hari ini.

Semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemar Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan IPU tertinggi di Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan 174.

Bandaraya Melaka, Melaka (162) dan Johan Setia Selangor masing-masing mencatatkan bacaan IPU 162, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (161) dan Cheras, Kuala Lumpur, Klang dan Banting, Selangor, masing-masing merekod bacaan 160, manakala tiga kawasan membabitkan Batu Muda, Kuala Lumpur; Putrajaya dan Shah Alam, Selangor pula mencatat bacaan 159.

Petaling Jaya, Selangor dan Alor Gajah, Melaka, masing-masing merekodkan bacaan 158 manakala Seremban, Negeri Sembilan serta Batu Pahat, Johor, masing-masing dengan bacaan (157), diikuti Larkin, Johor (156) dan Port Dickson, Negeri Sembilan (155).

Paka, Terengganu dan Tangkak, Johor, masing-masing mencatatkan bacaan 153, manakala Kluang, Johor dan Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan 152, Kota Tinggi, Johor (117), Segamat, Johor (113) serta Pengerang, Johor (102).

Sementara itu, 37 kawasan merekodkan IPU pada tahap sederhana dengan bacaan antara 51 hingga 100, dengan Temerloh, Pahang mencatatkan bacaan IPU 95, diikuti Rompin dan Jerantut, Pahang (92), manakala Balok Baru, Kuantan mencatatkan 87.

Seri Manjung, Perak dan Kemaman, Terengganu, masing-masing merekodkan bacaan 86, diikuti Tasek, Ipoh dan Tanjung Malim, Perak serta Indera Mahkota, Kuantan, masing-masing dengan bacaan 85.

Kuala Selangor, Selangor mencatatkan bacaan 83, diikuti Pegoh, Ipoh (82), Taiping, Perak (72), Kuala Terengganu, Terengganu (70), serta Sri Aman dan Samarahan di Sarawak, masing-masing dengan bacaan 70.

Kota Bharu, Kelantan merekodkan bacaan 69, diikuti Kulim Hi-Tech, Kedah dan Seberang Perai, Pulau Pinang (68), Seberang Jaya, Pulau Pinang (66), Besut, Terengganu (65), diikuti Tanah Merah, Kelantan dan Tawau, Sabah, IPD Serian masing-masing dengan bacaan 62, manakala Labuan, Bintulu dan Kuching, Sarawak, masing-masing merekodkan bacaan 61.

Sungai Petani, Kedah dan Minden, Pulau Pinang, masing-masing mencatatkan bacaan 60, diikuti Sarikei, Sarawak (60), Samalaju, Sarawak (58), Keningau, Sabah dan Sibu, Sarawak, masing-masing dengan bacaan 56.

Mukah, Sarawak dan Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, masing-masing merekodkan bacaan 54, diikuti Kapit, Sarawak (53) serta Kota Kinabalu, Sabah dan ILP Miri, Sarawak, masing-masing dengan bacaan 52.

Dalam pada itu, lapan kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap baik, iaitu di bawah 50.

Balik Pulau, Pulau Pinang mencatatkan bacaan tertinggi bagi kategori itu dengan 47, diikuti Kangar, Perlis dan Sandakan, Sabah, masing-masing dengan bacaan 45.

Alor Setar, Kedah merekodkan bacaan 44, manakala Limbang dan Miri, Sarawak, masing-masing mencatatkan 43. Kimanis, Sabah merekodkan bacaan 39, manakala Langkawi, Kedah mencatatkan bacaan terendah iaitu 27.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top