norhayati_nordin@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : Pelakon, Datin Anne Ngasri, 42, menarik perhatian warganet apabila ramai memuji wajahnya yang masih ‘awet muda’ seperti dulu walaupun memiliki anak-anak remaja.
Anne atau nama sebenar Naszriah Ngasri memuatnaik beberapa foto di Instagram (IG) berserta kapsyen ucapan ulang tahun kepada anak ketiganya, Nazharah Afrozah yang kini meningkat usia 16 tahun.
“Allah humma barik, selamat ulang tahun kelahiran Nazharah Afroza.
“Terima kasih, Ya Allah kerana masih meminjamkan dia kepada kami hingga ke hari ini.
“Semoga pinjaman ini terus berada dalam jagaan-mu dan semoga mama diberi kesempatan untuk melihat dia membesar menjadi insan yang berjaya di dunia dan bahagia di akhirat.
“Mama sayang kamu, dunia dan akhirat,” tulisnya berserta emoji hati berwarna merah.
Meninjau pada ruangan komen, Anne dilihat menerima banyak pujian membabitkan penampilannya yang tidak dimamah usia, masih seperti dulu.
Malah, ibu kepada lima cahaya mata yang pernah membintangi filem Dunia Baru The Movie pada 2008 ini turut disangka seperti kakak dan adik dengan anak gadisnya itu.
“Macam kakak dengan adik, sanah helwah Datin dan anak,” kata warganet.
“Aik siapa yang anak, siapa yang mama ni?, tulis pengguna media sosial.
“Comelnya dua beranak ni… emaknya ‘maintain’ muda,” ujar netizen.
“Anne ni ‘baby face’ macam Amy Mastura. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah,” komen seorang wargamaya.
Walaupun tidak lagi aktif berlakon, namun Anne yang mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Datuk Mohd Sumali Reduan pada 2012, kini sibuk dalam bidang perniagaan dan politik.
Hasil perkongsian hidup selama 14 tahun bersama Sumali, mereka dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Sufi Harraz, 13, dan Nefa Naura, 10.
Menerusi perkahwinan terdahulu pula, Anne yang juga adik kepada Bell dan Darling Ngasri itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, 20, Abdul Wafri, 18, dan Nazharah Afrozah, 16.
© New Straits Times Press (M) Bhd




