“Kenapa Yang Tak Ada Kena-Mengena Berbunyi?” – Pak Nil Jawab Isu Tak Hadir Kahwin Bella Astillah Dan Syed Saddiq | Oh! Media

“Kenapa Yang Tak Ada Kena-Mengena Berbunyi?” – Pak Nil Jawab Isu Tak Hadir Kahwin Bella Astillah Dan Syed Saddiq | Oh! Media

Trending

Pak Nil jelaskan sebab tidak hadir ke majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq selepas isu itu menjadi persoalan netizen.

Intipati berita

  • Pak Nil menjelaskan dia tidak hadir ke majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq kerana komitmen kerja yang bertindih.
  • Wakil Syed Saddiq sebenarnya sudah menjemput Pak Nil lebih awal, namun dia tidak dapat hadir ke majlis pernikahan dan resepsi.
  • Pak Nil menegur pihak luar yang mempersoalkan kehadiran tetamu dan meminta orang ramai berhenti membuat andaian.
  • Pak Nil menegaskan orang ramai sepatutnya mendoakan kebahagiaan Bella dan Syed Saddiq, bukannya memperbesarkan isu siapa yang hadir atau tidak.

Ketidakhadiran pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil, ke majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq baru-baru ini mengundang persoalan dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, Pak Nil tampil menjelaskan bahawa dia tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana mempunyai komitmen kerja yang bertindih.

Pak Nil terkilan tak dapat hadir majlis perkahwinan?

ohmedia pak nil

Menurut laporan Kosmo, Aznil mengakui berasa terkilan kerana terpaksa melepaskan peluang untuk mengacarakan majlis perkahwinan pasangan popular itu.

Menurutnya, wakil Syed Saddiq sebenarnya sudah menjemputnya lebih awal sebelum tarikh perkahwinan mereka diketahui umum.

Pengantin tak buka mulut, tapi yang tak ada kena-mengena dengan keluarga pengantin kenapa berbunyi?

Saya tak berkelapangan untuk hadir dan sebenarnya wakil daripada Syed Saddiq dah jemput saya sebelum kalian tahu tarikh perkahwinan mereka lagi.

Cuma saya tak berkelapangan semasa pernikahan dan juga resepsi kerana saya ada majlis sendiri dan dalam waktu yang sama juga, sebenarnya saya dipancing untuk menjadi hos majlis perkahwinan tetapi saya berasa ralat kerana tak dapat tunaikan.

Orang ramai persoalkan kehadiran tetamu?

syed saddiq bella astillah

Dalam masa sama, pengacara program realiti Akademi Fantasia itu turut menegur tindakan pihak luar yang terlalu sibuk mempersoalkan siapa yang hadir atau tidak ke majlis berkenaan.

Jelasnya, setiap individu mempunyai komitmen dan urusan masing-masing, jadi perkara tersebut tidak sepatutnya diperbesarkan.

Kenapa kita nak bertanya sama ada orang itu datang atau tak? Semua mempunyai agenda tersendiri.

Yang penting kita doakan perkahwinan serta kebahagiaan mereka.

Pengantin tak buka mulut, jadi yang tak ada kena-mengena, kenapa berbunyi?

Sebelum ini, seorang individu di Threads mempersoalkan ketidakhadiran Pak Nil ke majlis perkahwinan Bella dan Syed Saddiq. Individu tersebut mendakwa kemungkinan pengacara berkenaan tidak dijemput oleh pasangan yang dikenali sebagai BASS itu.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Scroll to Top