Bayi 9 bulan antara empat maut, pikap rempuh belakang treler

Bayi 9 bulan antara empat maut, pikap rempuh belakang treler

am@hmetro.com.my

Batu Pahat: Bayi berusia sembilan bulan antara empat maut selepas pacuan empat roda (4WD) dinaiki merempuh belakang treler dalam kemalangan di Kilometer 107, Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) dekat Pagoh, petang tadi.

Nahas dipercayai berlaku pada jam 5 petang membabitkan 4WD jenis Ford Ranger, Toyota Vios dan treler.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh, Mohd Hafiz Mohd Shahid, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Ford Ranger dinaiki mangsa merempuh treler yang diparkir di tepi lebuh raya.

Menurut Mohd Hafiz, keempat mangsa yang maut ada dua wanita warga emas, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun serta bayi berusia sembilan bulan.

“Dua lagi mangsa menaiki pacuan empat roda itu cedera dan dikejarkan ke hospital oleh pasukan perubatan.

“Mangsa lain yang cedera adalah mereka menaiki Toyota Vios manakala pemandu treler terselamat. Kesemua mangsa dikeluarkan orang awam sebelum pasukan keluaran operasi (PKO) tiba di lokasi.

“PKO bertindak memberikan rawatan awal kepada mangsa dan melakukan pembersihan sisa kemalangan. Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top