Sambutan ulang tahun ke-2 AKPS cetus tanda tanya, Saifuddin dan Mohd Shuhaily tidak hadir

Sambutan ulang tahun ke-2 AKPS cetus tanda tanya, Saifuddin dan Mohd Shuhaily tidak hadir

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

bhnews@bh.com.my

Pix Telegram

SEPANG: Majlis sambutan hari ulang tahun kedua Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) hari ini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Pengarah agensi itu, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Majlis itu disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr Awang Alik Jeman.

Manakala AKPS diwakili Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Ismail Mokhtar.

Ketidakhadiran kedua-dua individu berkenaan mencuri perhatian pada majlis sambutan ulang tahun kedua agensi yang bertanggungjawab memperkukuh kawalan dan keselamatan sempadan negara itu.

Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut berhubung sebab ketidakhadiran Ketua Pengarah AKPS dan Menteri Dalam Negeri pada majlis berkenaan.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top