GADANG Group menyertai Charity Bazaar 2026 yang berlangsung di Dewan MPAJ Cheras Baru, Jalan Kuari, Cheras sebagai tanda sokongan terhadap usaha kebajikan Yayasan Sunbeams Home.
Penglibatan tersebut memberi peluang kepada warga Gadang untuk bersama-sama komuniti menyokong pelbagai aktiviti dan inisiatif kebajikan yang dianjurkan.
Program berkenaan turut menjadi platform untuk memupuk semangat keprihatinan, kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial korporat dalam menyumbang kepada komuniti.
Memuatkan artikel berkaitan…
Inisiatif itu mencerminkan komitmen Gadang Group dalam menyokong usaha kebajikan serta memberi impak positif kepada masyarakat. – UTUSAN




