Calon MCA belum terima watikah pelantikan – Ka Siong

Calon MCA belum terima watikah pelantikan – Ka Siong

KUALA LUMPUR: Calon MCA bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih perlu melalui proses ditetapkan parti sebelum menerima watikah calon Barisan Nasional (BN).

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, calon parti itu perlu melalui keputusan Majlis Presiden MCA sebelum menandatangani dokumen di hadapannya.

“Calon-calon kita kena melalui proses kita iaitu dari segi keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemudian mereka juga kena tandatangan di depan saya untuk memastikan mereka setia dengan parti kita,” katanya kepada pemberita di Wisma MCA hari ini. 

Beliau ditanya berkenaan tiada kelibat calon MCA dalam majlis penyerahan watikah bagi calon BN di Menara Dato’ Onn hari ini. 

Beliau berkata, selepas proses berkenaan, nama calon dihantar kepada Ibu Pejabat BN dan kerja-kerja berkaitan sedang diatur.

“Sudah tentunya kita akan ikut prosedur yang telah ditetapkan, tidak ada masalah,” katanya.- UTUSAN

Scroll to Top