Bolehkah baca al-Quran tanpa wuduk?

Bolehkah baca al-Quran tanpa wuduk?

Soalan

Kadang-kadang selepas solat, saya bercadang untuk membaca al-Quran namun wuduk telah batal akibat kentut. Apakah boleh saya membaca al-Quran tanpa wuduk?

Jawapan

Dalam menjawab soalan ini, membaca al-Quran tanpa wuduk adalah dibenarkan dalam bacaan yang banyak mahupun bacaan yang sedikit.

Apa yang menjadi persoalan ialah apakah kita membaca al-Quran itu sambil memegang naskhah al-Quran atau hanya menggunakan aplikasi di telefon pintar?

Jika memegang naskhah al-Quran yang hanya mempunyai tulisan ayat-ayat al-Quran semata-mata, maka wajib baginya untuk berada dalam keadaan suci iaitu mempunyai wuduk.

Bagaimanapun, jika dia memegang naskhah al-Quran terjemahan lengkap 30 juzuk, maka dibenarkan untuk memegangnya tanpa mempunyai wuduk.

Adapun jika memegang telefon pintar dan membaca al-Quran melalui aplikasi, dibenarkan untuk membacanya tanpa mempunyai wuduk.

Scroll to Top