“Saya Terbangkan Tudung Sementara Waktu Sehingga Selesai Lagi Dua Pembedahan Di Kepala” 

“Saya Terbangkan Tudung Sementara Waktu Sehingga Selesai Lagi Dua Pembedahan Di Kepala” 

Usahawan Nur Nilam Ortiz menjadi perhatian apabila dilihat memuat naik video memaparkan dirinya bersama Azlan Komeng berpegangan tangan di kompleks mahkamah.

Namun, apa yang menjadi perhatian Nilam dilihat tidak berhijab sekaligus mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen.

BACA: Azlan Komeng, Nur Nilam Sah Bercerai

Menerusi satu komen balas, Nilam berkata dia tidak memakai hijab kerana faktor kesihatan dan bakal menjalani dua pembedahan di bahagian kepala.

“Terima kasih atas kata-kata, ‘tudung pun terbang’. Ya, betul saya terbangkan tudung saya sementara waktu sehingga saya selesai lagi dua pembedahan di kepala saya.

“Tapi insyaAllah, akhlak saya masih terjaga, kata-kata pun masih terjaga daripada mengeluarkan perkataan yang sebegini,” katanya.

Sementara itu, Nilam berkata dia menyedari tindakannya itu salah namun memohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusannya.

“Betul, ianya salah tapi saya meletakkan Allah Maha Mengetahui dan saya mohon Allah mudahkan segala jalan saya. Saya doakan akak tak sakit macam saya dan ingat, kadang-kadang sekeliling ini adalah ujian untuk sesama kita,” katanya.


Scroll to Top