Bukan setakat Melaka! Kerjasama PN-BN akan diperluas hingga peringkat Persekutuan – Abdul Hadi

Bukan setakat Melaka! Kerjasama PN-BN akan diperluas hingga peringkat Persekutuan – Abdul Hadi

Kerjasama politik antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) akan diperluaskan ke Kelantan dan Terengganu, selain diteruskan di peringkat Persekutuan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, hubungan kedua-dua gabungan itu akan terus diperkukuh berdasarkan pengalaman kerjasama dalam beberapa pilihan raya sebelum ini, termasuk di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Insya-Allah, akan diteruskan dan kita jangkakan bahawa kita semua akan lebih baik setelah menerima pengalaman di Johor, Negeri Sembilan dan hari ini yang ketiga di Melaka.
“Insya-Allah, peringkat Persekutuan dan seterusnya,” katanya, hari ini.

Kredit Foto: Astro Awani

Mengulas mengenai kerjasama PN-BN yang turut melibatkan Kelantan dan Terengganu, dua negeri di bawah pentadbiran PAS, Abdul Hadi memberikan respons positif.

“Insya-Allah, ada kerjasama,” katanya lagi.
May be an image of one or more people, dais and text

Kredit Foto: FB DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

Dalam pada itu, beliau menegaskan kerjasama kedua-dua gabungan penting bagi memastikan gerak kerja pilihan raya dapat diselaraskan, termasuk pembahagian jentera untuk membantu calon yang bertanding.

Menurutnya, sebarang permasalahan antara PN dan BN juga perlu diselesaikan dengan baik supaya kerjasama dapat dilaksanakan secara tersusun.

“Antara dua kumpulan parti yang besar, iaitu Perikatan Nasional dan Barisan Nasional. Yang penting ialah kerjasama kami memberi kemenangan.
“Kita selesaikan semua masalah. Kerjasama dapat diselesaikan dengan baik dan pembahagian jentera dapat dilakukan secara sistematik, dengan kedua-dua belah pihak turun membantu,”ujar beliau.

Sumber: Utusan Online (Hafiz Saidina)

Scroll to Top