PRN Melaka: Serangan peribadi terhadap calon muda tidak produktif! Adam Adli tegur budaya politik

PRN Melaka: Serangan peribadi terhadap calon muda tidak produktif! Adam Adli tegur budaya politik

Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim menyifatkan tindakan menyerang peribadi serta memperlekehkan calon muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 sebagai budaya politik tidak produktif.

Menurut beliau, pendekatan sedemikian hanya membantutkan usaha membuka lebih banyak ruang kepada generasi muda untuk menyertai kepimpinan politik.

Adam Adli turut mendedahkan terdapat beberapa calon muda yang menjadi sasaran serangan peribadi sebaik sahaja mula mendapat perhatian masyarakat.

“Kita ambil sebagai satu sikap yang sebenarnya tidak produktif, terutama sekali dalam kita membangunkan, meyakinkan dan memberi peluang kepada golongan muda untuk memimpin dalam masyarakat,” ujarnya pada sidang media Pakatan Harapan (PH) di Bukit Baru, Melaka, pada Sabtu.
Adam Adli pada sidang media harian Jabatan Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), di Bilik Gerakan Utama PH, hari ini. Foto BERNAMA

Kredit Foto: BERNAMA

Dalam pada itu, beliau menegaskan golongan muda tidak sepatutnya perlu menunggu sehingga mencapai usia tertentu sebelum diberikan kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin.

Jelasnya, PH percaya anak muda bukan sekadar pelapis masa depan, malah memiliki kemampuan untuk memimpin masyarakat pada masa sekarang.

“Kita bercakap soal orang muda pemimpin masa hadapan. Tapi di Pakatan Harapan, kita percaya pada kekuatan dan keupayaan mereka untuk memimpin hari ini.
“Tak perlu tunggu sampai mereka berusia baru mereka diberi peluang,” tegasnya.

Sehubungan itu, Adam Adli menyeru pengundi khususnya golongan muda supaya menilai kemampuan, kredibiliti serta tawaran yang dibawa setiap calon, bukannya terpengaruh dengan serangan peribadi.

PRN Melaka: 'Tapak baharu' bina semula kekuatan - Adam Adli | Awani

Beliau berpandangan pilihan raya sepatutnya menjadi medan untuk rakyat menilai keupayaan individu yang menawarkan diri berkhidmat kepada masyarakat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka ke-16.

Sumber: Astro Awani (Seth Akmal)

Scroll to Top