West Ham hilang sabar, Nuno Espirito disingkir

West Ham hilang sabar, Nuno Espirito disingkir

London: West Ham United memecat Nuno Espirito Santo sebagai pengurus berkuat kuasa serta-merta selepas permulaan hambar dalam saingan Liga Kejuaraan musim ini.

Pengendali berusia 52 tahun itu sebelum ini gagal menyelamatkan The Hammers daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan selepas mengharungi musim sukar dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

West Ham yang dianggap antara calon pilihan untuk kembali ke EPL secara automatik musim ini, kini sekadar menghuni tangga kelapan liga, ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Middlesbrough.

Dalam kenyataan, West Ham memaklumkan keputusan itu dibuat selepas penilaian menyeluruh terhadap prestasi pasukan pada awal musim.

“Lembaga pengarah percaya perubahan perlu dilakukan ketika ini bagi memastikan sasaran dan harapan kelab terus berada di landasan yang tepat,” menurut kenyataan itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top