asyikin.mat@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Bekas isteri Datuk Seri Najib Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, 65, meninggal dunia, petang ini.
Perkara itu dikongsikan anaknya Nizar Najib menerusi hantaran Facebook.
“Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un. Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan pemergian bonda tercinta, Allahyarhamah Tengku Puteri Zainah.
“Terima kasih, bonda atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa sepanjang hayatmu. Tiada apa yang mampu membalas segala jasamu.
“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosamu, merahmatimu dan menempatkanmu dalam kalangan penghuni Syurga Firdaus. Bonda tetap hidup dalam doa dan ingatan anakanda selamanya,. Al-Fatihah,” katanya.
Terdahulu media melaporkan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, 65, menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Gleneagles, Ampang.
© New Straits Times Press (M) Bhd



