Joyce didiagnosis ADHD pada usia 40 tahun

London: Petinju heavyweight Britain, Joe Joyce belum mempunyai perancangan untuk menggantung sarung tangan dalam masa terdekat selepas mendedahkan diagnosis Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) yang mengubah kehidupannya.

Petinju dari Putney itu mula mencipta nama dalam arena profesional selepas meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016.

Sepanjang perjalanan kariernya sehingga hampir menjulang gelaran dunia, Joyce cukup dikenali dengan pukulan jab antara terbaik dalam divisyennya selain memiliki ketahanan fizikal yang luar biasa.

Bagaimanapun, reputasi berkenaan mula terhakis selepas dia mengalami dua kekalahan besar kepada Zhilei Zhang.

Sepanjang kariernya, Joyce sering menjadi bahan kritikan kerana dianggap tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi di hadapan mikrofon atau karisma ketika tampil di khalayak ramai seperti beberapa pesaingnya.

Temu bual, sidang media dan pelbagai komitmen bersama pihak media adalah sebahagian daripada tanggungjawab seorang petinju berprofil tinggi, namun Joyce terpaksa berdepan pelbagai komen negatif ketika berdepan kesukaran memenuhi tuntutan berkenaan.

Sikap dan penampilannya ketika berhadapan media tidak banyak berubah sepanjang kariernya. Namun, diagnosis ADHD yang diterimanya pada usia 40 tahun membantunya memahami keadaan itu, malah mengaitkannya dengan pengalaman sejak zaman kanak-kanak.

“Ketika membesar, ibu saya menyangka saya mungkin mengalami disleksia, tetapi saya tidak pernah menjalani pemeriksaan.

“Ketika itu, kita hanya perlu hadir ke sekolah, melakukan apa yang diarahkan dan cuba menyiapkan kerja sekolah.

“Ketika masih kecil, apabila diminta mengemas bilik, saya mengambil masa yang sangat lama kerana sukar memberikan tumpuan kepada satu perkara pada satu-satu masa. Menguruskan sesuatu secara teratur memang sukar bagi saya dan keadaan itu berterusan sepanjang hidup,” katanya kepada Metro.

Seorang anggota pasukan latihan Joyce kemudian mencadangkan supaya dia menjalani pemeriksaan ADHD, dengan dianggarkan 15 peratus penduduk United Kingdom (UK) didiagnosis atau dikenal pasti sebagai individu neurodivergen.

“Seorang rakan didiagnosis mengalami ADHD dan selepas dia menceritakan keadaannya kepada saya, saya mula terfikir untuk menjalani pemeriksaan.

“Namun, kehidupan, tinju dan pelbagai perkara lain sering membuatkan kita kesuntukan masa.

“Sehinggalah seorang anggota baharu dalam pasukan saya membangkitkan perkara itu dan membantu mengatur pemeriksaan.

“Saya menjalani penilaian dan dimaklumkan bahawa saya seorang individu neurodivergen. Penjelasan itu pada asasnya menggambarkan bagaimana otak saya berfungsi serta kaedah yang boleh digunakan untuk membantu saya,” katanya.

Petinju heavyweight Britain, Joe Joyce belum mempunyai perancangan untuk menggantung sarung tangan dalam masa terdekat selepas mendedahkan diagnosis Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) yang mengubah kehidupannya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top