Peletakan jawatan saya kuat kuasa sebaik Najib sampai rumah – Loke

Peletakan jawatan saya kuat kuasa sebaik Najib sampai rumah – Loke

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

bhnews@bh.com.my

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta sebaik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di kediamannya untuk menjalani baki hukuman melalui tahanan rumah.

Pengumuman itu dibuat pada sidang media di Kementerian Pengangkutan (MOT), di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, surat peletakan jawatannya sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 September lalu susulan keputusan Lembaga Pengampunan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman melalui tahanan rumah.

Katanya, peletakan jawatan itu mencerminkan pendirian DAP terhadap keputusan berkenaan.

“Peletakan jawatan ini mencerminkan pendirian parti saya, DAP, terhadap keputusan tahanan rumah kepada Datuk Seri Najib.

“DAP menghormati kuasa dan prerogatif Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pengampunan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Namun demikian, kami berpandangan bahawa pemberian tahanan rumah kepada Najib, yang terbabit dalam skandal yang membawa kesan begitu besar kepada ekonomi dan imej negara, berpotensi membawa satu mesej tidak wajar kepada generasi akan datang,” katanya.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top