Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri mengakui komen terkesan dengan komen netizen susulan kesilapannya bacaan surah Al-Fatihah dan Al-Fil ketika mengimamkan solat berjemaah bersama anak-anaknya.
Memetik Astro Gempak, Aliff mengakui kekhilafannya dalam membaca serta menghafal ayat al-Quran kerana masalah ADHD dan disleksia yang dialaminya.
BACA: Lima Hari Tak Makan, Aliff Syukri Syukur Dapat Semula Akaun TikTok
“Bila orang menghina saya, anak-anak sampai malu dan tanya kenapa jadi macam ini. Anak-anak tahu saya ni membaca al-Quran pun tak betul. Jujur saya ada masalah ADHD dan disleksia, saya struggle nak menghafal.
“Sekarang inilah saya dapat mengaji, bagi takzkirah dekat anak-anak, sebelum ini saya tak pernah buat. Kalau baca komen tu rasa macam saya terus down,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff berkata dia tidak pernah berniat untuk memperlekehkan agama serta mempersoalkan mengapa ada segelintir netizen meninggalkan komen kejam terhadapnya.
“Saya tak pernah memperlekehkan atau merendahkan agama. Saya buat itu (live solat) tak ada niat apa-apa pun. Saya mengaku ada khilaf, namun netizen banyak membuat provokasi seolah-olah macam saya ini mainkan agama.
“Kenapa orang kejam sangat dengan saya? Banyak lagi orang buat video yang menggarut tapi Saya pula dihina melampau-lampau,” katanya.
Sumber: Astro Gempak




