PRN Melaka: Barisan Nasional Dakwa Dah Tunaikan 97% Manifesto, Adly Zahari Cabar Tunjuk Bukti Penuh! | Oh! Media

PRN Melaka: Barisan Nasional Dakwa Dah Tunaikan 97% Manifesto, Adly Zahari Cabar Tunjuk Bukti Penuh! | Oh! Media

Oh! Negara

Adly Zahari cabar BN kemukakan bukti dakwaan 97 peratus manifesto PRN Melaka sudah dilaksanakan menjelang pilihan raya negeri.

Intipati berita

  • PH Melaka cabar BN kemukakan bukti terperinci dakwaan 97% daripada 103 janji manifesto PRN Melaka ke-15 telah dilaksanakan.
  • Adly Zahari mahu ketelusan dengan meminta BN menyenaraikan setiap inisiatif yang sudah dan belum ditunaikan supaya rakyat boleh menilai sendiri.
  • Persoal kewangan Melaka: Kerajaan negeri mencatat hasil RM490 juta berbanding perbelanjaan RM519 juta pada 2024.
  • PH tawarkan pentadbiran lebih telus menerusi aspirasi Melaka Rumah Kita dengan menekankan integriti dan pengurusan wang rakyat secara berhemah menjelang PRN Melaka ke-16 pada 14 November.

Pakatan Harapan (PH) Melaka mencabar Barisan Nasional (BN) supaya mengemukakan bukti terperinci berhubung dakwaan telah melaksanakan 97 peratus janji manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15.

Menurut laporan Kosmo, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, rakyat berhak mengetahui sejauh mana 103 inisiatif yang terkandung dalam manifesto tersebut benar-benar dilaksanakan.

PH mahu BN tunjukkan bukti, bukan sekadar angka

ohmedia pakatan harapan prn melaka

Menurut Adly, setiap dakwaan pencapaian perlu disertakan senarai lengkap supaya rakyat boleh menilai sendiri komitmen yang telah ditunaikan oleh kerajaan negeri.

Kalau kita melihat dakwaan pencapaian itu, perlu disertakan senarai lengkap yang menunjukkan kedudukan serta komitmen supaya pengundi dapat menilai sendiri.

Beliau berkata demikian ketika Sidang Media Harian PH di Bilik Gerakan Utama PH, Bukit Baru, hari ini.

Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah menegaskan bahawa ketelusan amat penting supaya pencapaian kerajaan dinilai berdasarkan hasil pelaksanaan sebenar, bukannya sekadar angka peratusan.

Adly Zahari persoal kedudukan kewangan Kerajaan Melaka

ohmedia prn

Dalam masa sama, Adly turut membangkitkan kedudukan kewangan kerajaan negeri berdasarkan ringkasan laporan Ketua Audit Negara.

Rekod menunjukkan kerajaan Melaka memperoleh hasil sebanyak RM490 juta berbanding perbelanjaan RM519 juta pada tahun 2024.

Kadang-kadang kita dapat meningkatkan pendapatan tetapi pengurusan perbelanjaan juga harus diberikan keutamaan. Sebab itu kalau mengikut rekod 2024, pendapatan (kerajaan negeri) RM490 juta tetapi berbelanja RM519 juta.

Beliau turut mengingatkan bahawa pentadbiran PH di Melaka pada 2019 pernah mencatat lebihan kewangan sebanyak RM50 juta.

Adly berkata, PH menerusi aspirasi Melaka Rumah Kita menawarkan pentadbiran yang bersih, telus dan berintegriti, termasuk memastikan setiap ringgit wang awam diuruskan secara berhemah.

Menurutnya, pengundi berhak mendapatkan maklumat jelas mengenai pencapaian kerajaan negeri sebelum membuat keputusan dalam PRN Melaka ke-16.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal berlangsung pada 10 November.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Scroll to Top