EURO: Selamat tinggal Hazard

EURO: Selamat tinggal Hazard

SEVILLE: Penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois menjangkakan kempen Euro 2020 Eden Hazard sudah berakhir.

Perancang tengah Real Madrid berusia 30 tahun dilihat menahan kesakitan dan memegang bahagian hamstringnya ketika membantu Belgium meraih kemenangan 1-0 ke atas Portugal di Seville, awal pagi tadi.

Belgium akan mengharungi aksi seterusnya berdepan Itali, Sabtu ini di peringkat suku akhir.

Namun, Courtois menyifatkan peluang bintang Chelsea itu untuk kembali beraksi dalam baki pertandingan sudah berakhir.

“Saya fikir Euro (2020) buat Eden sudah berakhir, dia tidak akan bermain lagi,” kata Courtois.

Belgium mengatasi cabaran Portugal di pusingan kedua dan perlu berterima kasih kepada Thorgan Hazard yang meledak gol tunggal perlawanan pada babak pertama.

Namun, nasib buruk abangnya, Eden berterusan selepas dia tidak boleh meneruskan permainan ketika perlawanan berbaki tiga minit dan digantikan dengan Yannick Carrasco. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top