Waktu-waktu getir ini, semua rakyat mengalami kesukaran tersendiri. Jadi, sebagai masyarakat yang prihatin, tak salah untuk kita saling bantu-membantu dengan cara kita yang mampu membuatkan mereka kembali tersenyum.
Hal ini samalah seperti seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @FaeezSaleeh berkongsi video seorang kanak-kanak yang juga pelajar tahun 5 tekun mengecat meja selepas datang bertanyakan kerja yang boleh dilakukan untuk mendapatkan imbuhan.
@mfs_bengkelbesi
Namun begitu, apa yang mengejutkan pengguna TikTok berkenaan adalah jawapan kanak-kanak tersebut ketika ditanya mahu dibayar dengan duit atau pun beras.
Menurut @FaeezSalleh, kanak-kanak tersebut memilih dibayar dengan beras dan selepas diberkan ‘gaji’, dia kelihatan gembira pulang berjalan kaki sambil membawa sekampit beras hasil usahanya mengecat.
@mfs_bengkelbesi dya mai buat kerja dgn kita,bguih budak nie..kita tya nak duit ka nak beras,dya kata nak beras😊😊😊#MFsBengkelBesi
Disebabkan video yang dikongsikan di aplikasi TikTok itu tular, kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Hanif bin Zakaria itu mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan bantuan dan juga sokongan untuknya.
Dia juga berharap orang ramai dapat mendoakannya mencari rezeki yang halal buat membantu keluarga pada masa akan datang.
@mfs_bengkelbesi Balas kepada @reilaidora_mira1 done video original
Sehubugan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa begitu tersentuh dengan kegigihan kanak-kanak yang berusia 11 tahun itu.
Mereka juga memuji tindakannya yang bijak mencari peluang untuk bekerja bagi membantu keluarga dan mendoakan agar segala urusan Muhammad Hanif terus dipermudahkan, InnsyaAllah.





Sumber: TikTok @FaeezSalleh




