Petugas kesihatan atau Frontliners merupakan insan terpenting dalam melawan pandemik ini. Jasa mereka yang membantu memberikan rawatan kepada pesakit seharusnya dihargai.
Selain daripada memberikan rawatan yang terbaik, mereka juga secara tidak langsung menjadi penguat semangat kepada para pesakit untuk kembali sihat dan terus berjuang melawan Covid-19.
Hal ini dikongsikan sendiri oleh seorang penguna TikTok dikenali sebagai @ciklinnemo apabila memuat naik video rakaman beberapa orang frontliners sedang menggembirakan hati anak buahnya yang positif virus maut itu di pusat kuarantin.
@ciklinnnemo cepat sembuh anak fruit 👶 #covid19virus #covid19 fighter #kkm comel
Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa orang petugas kesihatan menunjukan video lagu kanak-kanak di telefon bimbitnya sambil mengajak kanak-kanak berkenaan menari bersama-sama.
Situasi comel terbaibt telah mendapat pelbagai maklum balas positif daripada warganet. Rata-rata berasa terhibur melihat gelagat mereka dan sempat mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan kita kerana begitu optimis dalam menjalankan tugas.







Sumber: TikTok @ciklinnemo




