SPIELBERG, Austria: Pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1) Max Verstappen akan bermula dari petak utama di Grand Prix Austria.
Pemandu Red Bull itu meraih petak utama ketiga berturut-turutnya selepas mengatasi Lando Norris dari McLaren dalam sesi kelayakan sebentar tadi.
Rakan sepasukan pemandu Belanda itu, Sergio Perez akan bermula di barisan kedua bersama pemandu Mercedes Lewis Hamilton untuk perlumbaan di litar Spielberg esok.
Dalam sesi latihan terakhir sebelum itu, Verstappen turut merakam masa terpantas mengatasi dua pemandu Mercedes, Valtteri Bottas dan Hamilton, yang menandatangani kontrak dua tahun bersama Silver Arrows sehingga tahun 2023.
Verstappen mendahului Hamilton dengan kelebihan 18 mata dalam kejuaraan pemandu. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




