ROM: England membelasah Ukraine 4-0 untuk menempah tiket ke separuh akhir Euro 2020 berdepan Denmark dengan Harry Kane meledak dua gol di Rom sebentar tadi.
Kapten, Kane memberikan The Three Lions permulaan pantas dalam tempoh empat minit, sebelum perlawanan tampak sudah berakhir pada awal babak kedua menerusi tandukan Harry Maguire serta jaringan kedua Kane.
Jordan Henderson masuk dari bangku simpanan untuk meledak gol pertamanya buat England pada penampilan ke-62.
Skuad kendalian Gareth Southgate, England mara ke separuh akhir buat kali ketiga dan akan berdepan Denmark di Wembley awal pagi Khamis ini. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




