“Mai sini nak sayang.” -Adik-beradik warga emas tetap akrab buat ramai sebak

“Mai sini nak sayang.” -Adik-beradik warga emas tetap akrab buat ramai sebak

Hubungan adik-beradik sememangnya satu hubungan yang tidak akan putus sampai bila-bila. Pastinya kasih-sayang yang ditonjolkan sangat bermakna memadangkan membesar bersama.

Namun, jika dapat sama-sama melewati usia senja sudah tentu ia sesuatu yang sangat menyentuh hati kerana keakraban berpuluh tahun masih lagi kekal walaupun masing-masing telah mempunyai keluarga sendiri.

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @nurulwani99 apabila memuat naik video pertemuan nenek dan datuk saudaranya yang masih lagi akrab sehingga kini.

Dia membawa neneknya menziarahi datuk saudara untuk bertanya khabar walaupun seketika dan hanya duduk di luar rumah sahaja.

@nurulwani99

Bawa tok mai jumpa adik dia … .. #kakdgnadik #kakadik #fypシ #fyp #senyumanbahagia ..

♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

Dapat didengar dengan jelas adik kepada neneknya telah datang menghampiri kereta dan mahu bersalaman serta mencium dahi kakaknya.

Momen tersebut berjaya dirakam dan mendapat perhatian ramai kerana terharu melihat rasa hormat warga emas itu kepada kakaknya.

@nurulwani99

Video original xdk lagu #kakdgnadik #kakadik #fypシ #fyp #senyumanbahagia #kedahcrew

♬ bunyi asal – Adekwani – Adekwani

Jelas dengan keadaan semasa, @nurulwani99 memaklumkan bahawa video berkenaan ada video lama dan dia sempat memuat naik lagi video perjalanannya bersama nenek menuju ke kediaman anak sulung warga emas itu.

@nurulwani99

Video lama .. ajk wani p rumah anak dia yg sulung plk … #fypシ #fyp #senyumanbahagia #tokom

♬ original sound – Adekwani – Adekwani

Perkongsian yang dibuat pengguna TikTok berkenaan telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan hanya selepas satu hari  dimuat naik.

Rata-rata berasa sebak dan gembira melihat dua beradik warga emas ini dan sangat bersyukur kerana anak dan cucu masih lagi sudi menyambung silaturahim sesama mereka.

 

Sumber: TikTok @nurulwani99

Scroll to Top