LONDON: England akan berdepan Itali pada final Euro 2020 apabila melepasi halangan Denmark 2-1 dalam tambahan masa awal pagi Khamis lalu.
Namun jika melihat lakaran sejarah, Three Lions perlukan keajaiban untuk menamatkan kemarau 55 tahun mereka dalam kejohanan utama.
Skuad kendalian Gareth Southgate menang semua kecuali sekali dalam kejohanan kali ini – seri 0-0 pada peringat kumpulan menentang Scotland.
England menewaskan Croatia, Republik Czech, Jerman, Ukraine dan Denmark untuk mara ke final.
Namun mereka akan berdepan Itali yang menang semua perlawanan – termasuk penentuan penalti menentang Sepanyol pada separuh akhir.
Walaupun England ada kelebihan di laman sendiri, Itali dilihat sebagai pilihan merangkul trofi awal pagi Isnin ini.
Rekod mereka berdepan Three Lions juga menakjubkan – terutama ketika bertembung dalam kejohanan utama.
England hanya menang lapan kali dalam 27 pertemuan menentang Itali dan masih belum menang Kejohanan Eropah.
Itali menang 11 kali bertemu Three Lions, terbaharu 2-1 pada peringkat kumpulan pada Piala Dunia Brazil 2014.
Dalam kejohanan utama, England tidak pernah menang atau seri serta tewas tiga kali dalam tiga pertemuan mereka. – AGENSI
© New Straits Times Press (M) Bhd




