Mohd Nazrul Izam CEO baharu FGV

Mohd Nazrul Izam CEO baharu FGV

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FELCRA Bhd, Mohd Nazrul Izam Mansor sebagai CEO kumpulan berkuat kuasa 23 Ogos 2021.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat perladangan itu berkata, khidmat pengarah bahagian logistik dan sokongan kumpulan FGV, Azman Ahmad, yang kini memangku tugas dan tanggungjawab sebagai CEO Kumpulan, akan berakhir pada 22 Ogos ini.

“Mohd Nazrul Izam mempunyai pengalaman selama 22 tahun dalam pelbagai kapasiti di beberapa industri berlainan.

“Beliau memulakan kerjaya dengan dua firma perakaunan awam dan terbabit dalam pelbagai tugasan audit serta asurans untuk syarikat awam dan swasta bersaiz sederhana hingga besar,” kata FGV.

Mohd Nazrul Izam juga memainkan peranan penting dalam pengurusan risiko, perancangan korporat dan pernah menjadi pembantu eksekutif kepada CEO sehingga 2007 apabila menyertai

Padiberas Nasional Bhd pada 2002.

Sebelum pelantikannya, beliau adalah CEO Kumpulan FELCRA sehingga 22 Oktober 2018.

-BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top