LONDON: Pengendali England, Gareth Southgate berkata ia adalah keputusannya untuk meletakkan pemain remaja Bukayo Saka sebagai pengambil penalti terakhir dalam kekalahan penentuan penalti di tangan Itali pada final Euro 2020.
Pasukan tuan rumah yang beraksi pada final kejohanan utama sejak 1966, tewas 3-2 pada penentuan penalti selepas terikat 1-1 di Wembley.
Southgate turut memasukkan Jadon Sancho dan Marcus Rashford di akhir masa tambahan sebagai persediaan untuk mengambil penalti, dan kedua-duanya gagal membolosi gawang Itali.
“Saya yang memilih pengambil sepakan. Saya amat kecewa kerana tak dapat mara selangkah lagi.
“Kami memutuskan untuk membuat perubahan di akhir permainan, tetapi kami menang atau kalah sebagai satu pasukan,” kata Southgate.
Pemain sayap Arsenal, Saka yang hanya mengumpul lima kap antarabangsa sebelum kejohanan, menyaksikan sepakan penalti terakhirnya diselamatkan Gianluigi Donnarumma, selepas Jorginho mensia-siakan peluang untuk memastikan kemenangan apabila sepakannya diselamatkan Jordan Pickford.
“Ia keputusan saya untuk memberikan penalti itu kepadanya (Saka),” kata Southgate yang turut gagal menyempurnakan sepakan penalti penting ketika England tewas kepada Jerman pada separuh akhir Euro 1996 di laman sendiri.
– AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




