Ole puji Cavani

Southampton: Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memuji Edinson Cavani selepas penyerang itu menjadi wira kebangkitan Manchester United yang menang ke atas Southampton dengan keputusan 3-2 di Stadium Mary semalam.

Skuad bimbingan Solskjaer hampir mengalami kekalahan selepas gol Jan Bednarek dan James Ward-Prowse pada separuh masa pertama meletakkan Southampton di depan. Bagaimanapun, Cavani mengubah nasib United selepas dimasukkan pada separuh masa kedua.

Cavani menjadi watak penting dengan hantaran silangnya berjaya disudahkan oleh Bruno Fernandes untuk jaringan pertama sebelum dia sendiri menjaringkan gol penyamaan United dengan tandukan pada minit ke-74.

Pemain berusia 33 tahun itu kemudian menjaringkan gol kemenangan yang juga gol ketiganya sejak menyertai The Red Devils pada Oktober lalu sekali gus melebarkan rekod kemenangan United kepada empat perlawanan berturut-turut di semua pertandingan.

“Cavani adalah pemain tengah yang berkembang maju dalam hantaran silang dan penghantaran ke dalam kotak penalti. Dia telah berada di sana selama bertahun-tahun dan dia melakukan perbezaan pada hari ini (semalam)”, kata Solskjaer.

“Sudah tentu impak yang sangat bagus. Dia adalah pemain nombor sembilan yang sentiasa bergerak, dia mahu berada di depan kamu dan saya sangat gembira dengan dia”, kata Solskjaer.

“Dia teliti ketika sesi latihan, dalam bilik persalinan dan ketika makan. Dia tahu apa yang mahu dimakan, berapa banyak dia mahu untuk pulih”, tambah solkjaer.

Selepas ini, The Red Devils akan melayan kunjungan gergasi Perancis, Paris Saint Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi khamis ini.

Akmal Hakim
Sports Desk

Scroll to Top