roha@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Sebanyak 180 premis termasuk kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP ) yang ditetapkan kerajaan, semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, arahan itu dikeluarkan Pasukan Petugas Khas Pematuhan yang melaksanakan 80,339 pemeriksaan dan pemeriksaan mengejut COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,029 orang.
“Ini termasuk pemeriksaan ke atas 2,246 kilang, 15,682 premis perniagaan, 924 tapak pembinaan dan 326 asrama penempatan pekerja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




