Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung hampir dua bulan di seluruh negara ketika ini sememangnya telah menjarakkan perhubungan ahli keluarga.
Mana tidaknya, ramai anak-anak perantau yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibu dan bapa disebabkan tidak boleh merentas negeri.
Bukan sahaja sambutan perayaan yang terlepas untuk dirai bersama, musim buah-buahan yang sering ditunggu anak cucu untuk pulang ke kampung turut tidak dapat dirasai.
Namun, menerusi perkongsian dari seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @shopeekaa, dia telah memuat naik video bapanya yang membungkus buah-buahan dan asam keping yang dibuat sendiri untuk adik-beradiknya yang sudah lama tidak pulang ke kampung.
@shopeeka T ksh ayah #pengorbananayah #kasihayah #kasihayahsampaisyurga
Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat bapanya mengutip sendiri buah rambutan dan menimbang setiap satu kotak buah tersebut agar adil untuk diagihkan kepada anak-anak dan cucu-cucunya.
Dia juga turut mengeringkan sendiri asam keping dan dibungkus serta dihantar bersama buah rambutan tersebut.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memaklumkan seorang bapa sememangnya sebegitu.
Mereka juga berasa sebak melihat usaha bapa kepada @shopeekaa yang tetap gigih memberi anak-anak rasa buah-buahan di kampung walaupun terpaksa menghantarnya menerusi pos memandangkan kekangan PKP yang entah bila selesainya.
Sumber: TikTok @shopeeka