OLIMPIK: Gimnas Jerman pertahan seragam sopan

OLIMPIK: Gimnas Jerman pertahan seragam sopan

TOKYO: Pasukan gimnastik wanita Jerman memakai sut penuh ketika aksi kelayakan di Olimpik Tokyo semalam sambil membuktikan atlet wanita boleh memakai apa saja mengikut pilihan mereka.

Pasukan dibarisi Sarah Voss, Pauline Schaefer-Betz, Elisabeth Seitz dan Kim Bui, membuka tirai Olimpik mereka dengan memakai unitard berwarna merah dan putih, yang menutup lengan dan kaki sehingga ke buku lali.

Pakaian sama dipakai ketika latihan pada Khamis dan mereka berkata akan memakainya lagi ketika pertandingan.

Pasukan Jerman memakai seragam sama ketika kejohanan Eropah pada April dan tindakan itu mendapat sokongan padu gimnas wanita lain.

Bagi wanita, pakaian standard untuk pertandingan adalah leotard, dan baju tanpa lengan dibenarkan.

Pakaian yang menutup kaki dibenarkan di pertandingan antarabangsa tetapi sebelum ini ia dilakukan atas faktor keagamaan. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top