OLIMPIK: Russia menang emas gimnastik artistik

OLIMPIK: Russia menang emas gimnastik artistik

TOKYO: Nikita Nagornyy mengetuai pasukan Russia memenangi pingat emas acara gimnastik artistik lelaki pada temasya Sukan Olimpok 2020 di sini, sebentar tadi.

Mereka mengenepikan cabaran juara bertahan, Jepun yang berpuas hati dengan pingat perak manakala gangsa milik pasukan China.

Russia yang bertanding pada temasya sukan ini di bawah naungan kontinjen berkecuali susulan penggantungan negara itu akibat kesalahan doping, kali terakhir memenangi acara berprestij berkenaan pada 1996.

– AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top