Dari ayu berhijab jadi ‘abang2’, gadis ubah penampilan lepas buah hati ‘cancel’ nikah

Dari ayu berhijab jadi ‘abang2’, gadis ubah penampilan lepas buah hati ‘cancel’ nikah

Siapa yang pernah bercinta dan patah hati pasti tahu betapa sakitnya ditinggalkan insan tersayang menjelang hari bahagia.

Bukan itu sahaja, sakit menanggung malu majlis tidak jadi juga menjadikan seseorang tu semakin keras hati dan memberontak dengan menjadi individu berbeza agar dapat melupakan kenangan lama.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang gadis yang merubah imej menjadi lebih ‘tomboi’ susulan kecewa cintanya dengan seorang lelaki kandas ketika menghampiri hari istimewa mereka.

Menerusi TikTok yang mengelar dirinya @kucaijjr, dia memaklumkan sudah menempah pakaian untuk bersanding sebelum ini kerana menjangkakan lelaki tersebut serius dalam perhubungan.

Namun menurutnya, lelaki tersebut tidak datang pun pada hari tersebut dan membuatkannya begitu sedih. Akhirnya dia memakai pakaian pengantin lelaki berkenaan untuk dijadikan konten TikTok.

Dia juga memberi pesanan kepada semua perempuan diluar sana agar hentikan mengajaknya berkahwin kerana dia sama sekali tidak dapat menunaikan hasrat itu kerana dia tetap seorang wanita juga.

Menjawab soalan-soalan daripada warganet, @kucaijjr memaklumkan yang dia pernah sahaja menyayangi lelaki dan tidak pun terlalu memilih, namun tetap sahaja dikecewakan.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen di salah satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok itu.

Mereka mendoakan agar @kucaijjr kembali kepada fitrah asal dan berharap agar di ditemukan dengan seseorang yang baik serta menghargainya sebagai seorang perempuan.

Sumber: TikTok @kucaijjr

Scroll to Top