Manchester United belasah Leeds United

Manchester United belasah Leeds United

OLE Gunnar Solskjaer melaungkan amaran awal bahawa Manchester United serius mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila membelasah Leeds United 5-1 dalam aksi di Stadium Old Trafford malam ini.

Anak buah Solskjaer memulakan pesta gol dalam aksi pertama liga musim ini bermula dengan jaringan Bruno Fernandes pada minit ke-30 untuk mendahului 1-0 pada babak pertama.

Skuad Marcelo Bielsa memperkemaskan permainan pada babak kedua kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan Luke Ayling pada minit ke-48 untuk The Whites.

Tersentak dengan jaringan itu, The Red Devils kembali mengasak kubu lawan dan hasilnya tuan rumah kembali di depan hasil jaringan Mason Greenwood pada minit ke-52 sebelum Fernandes melebarkan kedudukan dengan gol pada minit ke-54′.

Fernandes yang tampil cemerlang pada aksi itu terus menambah derita pelawat apabila melengkapkan hatrik menerusi jaringan pada minit ke-60 sebelum Fred memastikan tiga mata berharga milik The Red Devils dengan gol pada minit ke-68 untuk kemenangan bergaya 5-1 Manchester United.

Scroll to Top