Dalam melalui kemelut politik berkaitan pemilihan Perdana Menteri Malaysia Kesembilan, pastinya pelbagai kisah disebalik itu mendapat perhatian media.
Salah satunya pemakaian pelitup muka Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman ketika ditemu bual pihak media seusai menghadiri mesyuarat parti Barisan Nasional bagi mencadangkan nama perdana menteri kesembilan.
Menerusi video yang dikongsikan TheVibes.com, dapat dilihat ‘keunikan’ mask yang digunakan dan menerusi maklumat dari netizen, ia berharga lebih dari RM1,000.
Pakai mask seribu lebih pun dok tertarik tarik. Bebal. https://t.co/HBKkXN9ydr
— InjangNation (@InjangNation) August 17, 2021
Hal tersebut menjadi perhatian netizen susulan sebelum ini ahli parlimen berkenaan pernah beberapa kali dikenakankan kompaun susulan tidak memakai pelitup muka dengan betul semasa berada ditempat awam.
Dapat didengar dengan jelas salah seorang wartawan telah memintanya memakai mask dengan betul sebelum ditemubual.
“It may seem like Umno is fractured, but it’s not.” – @AzalinaOthmanS pic.twitter.com/jt9xWoTGNc
— TheVibes.com (@thevibesnews) August 17, 2021
Menerusi perkongsian tersebut dan perkongsian semula yang dibuat akaun Twitter @InjangNation, beberapa komen daripada netizen telah diperoleh dengan menyuarakan rasa kurang senang mereka melihat situasi itu.
Ada juga yang melihat mask yang dipakai Dato’ Sri Tajuddin itu seakan peralatan cosplay yang sering dilihat dalam anime.
Sumber: Twitter @thevibesnews, @InjangNation




