Tugas sukar Kogileswaran

Kuantan: PJ City FC bakal menghadapi cabaran besar setelah kelab itu memutuskan cuma menyandarkan harapan kepada barisan pemain tempatan untuk mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) 2021.

Penyerang, R Kogileswaran mengakui perkara itu untuk memastikan PJ City mampu memberikan saingan kepada pasukan yang dibarisi pemain import.

“Sebagai penyerang sudah pasti cabaran getir perlu dilalui untuk membantu pasukan meraih kejayaan pada setiap perlawanan. Namun, dengan pengalaman yang dimiliki serta kerjasama pemain terutama, jurulatih (P Maniam) akan memberi tentangan sengit”, katanya.

“Pada masa sama, ia peluang terbaik kepada pemain tempatan untuk menyerlah sekali gus membantu pasukan berada pada prestasi terbaik”, katanya lagi.

Ditanya kebarangkalian akan bergandingan bersama Darren Lok di bahagian serangan, Kogileswaran mengharapkan cita-cita itu menjadi kenyataan.

“Sudah pasti saya mahu bergandingan dengan dia (Darren) tetapi dengan barisan pemain yang disenaraikan musim 2021, saya perlu bekerja keras untuk menyakinkan jurulatih berada dalam kesebelasan utama”, tambahnya.

Untuk rekod, pemain berusia 22 tahun itu mencetakkan empat gol dalam kancah Liga Super pada musim ini.

Sumber: HM

Akmal Hakim
Sports Desk

Scroll to Top