Kuala Lumpur: Bekas jurulatih Melaka United dan Negeri Sembilan, Mat Zan Mat Aris dilantik sebagai jurulatih baharu PDRM FC bagi kancah Liga Perdana 2021.
Menurut sumber rapat pasukan, pelantikan Mat Zan dilihat tepat bagi merealisasikan usaha The Cops untuk kembali tampil sebagai pencabar utama kejuaraan liga.
Bahkan, pengalaman beliau dalam membawa beberapa pasukan diyakini mampu memberi perubahan positif kepada bekas juara Liga Perdana 2007 dan 2014 itu.
Sebagai rekod, Mat Zan pernah membawa Kuala Lumpur memenangi Piala FA pada tahun 1999 selain gelaran juara Piala Malaysia bersama Terengganu pada 2001.
Rekod paling membanggakan Mat Zan adalah apabila bersama Melaka kerana berjaya membantu pasukan itu naik ke pentas Liga Super dalam tempoh dua musim daripada saingan Piala FAM sebelum muncul juara Liga Perdana pada 2016.
Sumber: HM
Akmal Hakim
Sports Desk



