Lausanne: Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino berkata, beliau sudah menjelaskan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa badan disiplin FIFA adalah bebas apabila Trump menghubunginya berhubung semakan kad merah penyerang Amerika Syarikat (AS), Folarin Balogun.
“Saya menjelaskan bahawa terdapat proses undang-undang yang sedang berjalan membabitkan badan kehakiman bebas FIFA dan kes itu akan diputuskan pada masa yang sesuai oleh badan yang berkenaan,” kata Infantino dalam satu kenyataan.
Pusingan U terhadap penggantungan satu perlawanan Balogun membolehkan beliau beraksi pada perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia menentang Belgium.
Keputusan membenarkan Balogun beraksi menerima kecaman daripada pegawai bola sepak Belgium.
Persatuan Bolasepak Diraja Belgium (RBFA) dalam satu kenyataan berkata mereka ‘terkejut’ dengan keputusan yang disifatkan sebagai bercanggah secara langsung dengan peraturan FIFA sendiri.
© New Straits Times Press (M) Bhd




