Lifestyle: Masalah tidur berlebihan atau berkurangan kini semakin bertambah dalam kalangan rakyat Malaysia kerana langsung tidak bekerja atau terpaksa lakukan lebih daripada 2 kerja pada satu masa.
Realitinya, isu tempoh tidur panjang atau pendek boleh membahayakan kesihatan diri. Walau bagaimanapun, ramai yang memandang rendah isu ini tanpa memikirkan kesan negatif yang bakal berlaku.
Masalah tidur berlebihan (oversleeping) juga dikenali sebagai hypersomnia berlaku akibat waktu tidur yang melebihi 12 jam sehari. Bagi peringkat dewasa, pola waktu tidur yang normal adalah dalam lingkungan 6–8 jam sehari.
Berdasarkan kajian peringkat antarabangsa yang dilakukan mendapati sebanyak 5%–10% pesakit yang berjumpa doktor disahkan mengalami masalah hypersomnia. Menurut Prof. Dr. Azhar Mohd Zain iaitu Pakar Psikiatri daripada Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan UPM, hypersomnia berlaku disebabkan oleh beberapa perkara iaitu gejala narcolepsy, central sleep apnea, breathing related sleep disorder dan perubahan gaya hidup.
Berikut dihuraikan punca bahaya tersebut yang boleh mengundang kesan buruk terlebih tidur:
1. Narcolepsy
Gangguan yang berlaku pada otak di mana seseorang gagal mengawal rasa mengantuk dan akan tertidur sebentar pada siang hari dalam apa jua keadaan tanpa sedar.
2. Central Sleep Apnea
Pernafasan terhenti seketika kerana otak tidak menghantar isyarat yang betul kepada otot yang mengawal pernafasan semasa sedang tidur.
3. Breathing Related Sleep Disorder
Gangguan pernafasan semasa tidur berlaku kepada mereka yang mengalami masalah obesiti dimana sukar bernafas kerana tahap oksigen yang dimiliki sangat rendah ketika itu.
4. Perubahan Gaya Hidup
Tidur berlebihan turut akan mempengaruhi perubahan gaya hidup kerana pola tidur yang tidak teratur.
5. Lain-lain
Cepat lupa, keletihan, kemurungan, sakit jantung, diabetes, kencing manis, obesiti, sakit belakang, tekanan dan boleh menyebabkan kematian.
Berdasarkan penelitian, jumlah tidur 9–12 jam sehari sangat tidak digalakkan kerana melebihi had masa rehat yang sewajarnya. Pola tidur berlebihan boleh melambatkan fungsi sel otak selain menyebabkan masalah ingatan.
Kadar metabolisma berjalan dengan kadar sangat perlahan dalam badan ketika kita sedang tidur. Justeru, orang yang mempunyai hypersomnia berisiko tinggi untuk mengalami obesiti sehingga 21% berbanding orang yang mendapatkan tidur secara normal.
Mungkin antara langkah buat mereka yang suka tidur lebih lama atau malas bangun daripada tidur adalah dengan mempunyai katil yang direka khas buat mereka.
Sumber: The Vocket
Akmal Hakim
Lifestyle Desk