Shukri Yahaya titip ucapan selamat hari lahir istimewa buat Sharnaaz

norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon, Shukri Yahaya, 38, menitipkan ucapan hari jadi istimewa dan menghiburkan buat sahabat baiknya, Sharnaaz Ahmad yang meraikan ulang tahun ke-41, semalam.

Menerusi hantaran dimuatnaik di media sosialnya, ucapan Shukri menarik perhatian ramai dengan gurauan lucu mahu menyediakan khemah buat Sharnaaz sekiranya terus membujang hingga tua.

“Mat, selamat hari jadi. Kau lah kawan, kau lah abang. Selalu ada dengan aku walau aku elok ka pelaq ka sedih ka marah ka, hang selalu ada tak lari kata orang.

“Aku doa hang bahagia sampai tua, Mat. Kalau tua sok hang tak kawen lagi, takdak org (orang) bela hang, aku dah ‘stanby’ kemah kat laman rumah aku untuk hang,” tulis Shukri berseloroh.

Terdahulu, Shukri didapati memuatnaik video Sharnaaz ketika di set penggambaran dan menarik lagi bapa tunggal seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 8, itu membalas di ruangan komen.

“Aku tak cerewet…kemah tu tolong ada aircond dengan netplix…makan 3 kali sehari pun aku ok dah,” tulis Sharnaaz berserta emoji ketawa.

Pada ruangan komen, rata-rata netizen gembira, terhibur dan menyifatkan hubungan baik serta rapat Shukri dan Sharnaaz umpama adik-beradik sejati.

“Korang memang ‘real blood brother’. Happy birthday Sharnaaz,” tulis wargamaya.

“Khemah kat depan rumah tu…untuk mamu kita,” kata pengguna media sosial.

“Itulah kawan sejati…tak mudah tinggalkan, tak mudah berubah, tak mudah kena hasut..semoga kekal bersahabat sampai bila-bila,” komen netizen.

“Semoga murah rezeki, panjang umur dan diberi kesihatan yang baik Sharnaaz,” ujar seorang warganet.

Pada perkembangan lain, Shukri kini muncul di pawagam dengan filem Chelot lakonannya bersana Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin dan Azhan Rani yang diarahkan Adrian Teh.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top