Sejak beberapa buah negeri di Malaysia sudah beralih fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang mengambil peluang untuk keluar beriadah.
Antara aktiviti yang kembali rancak adalah mendaki gunung atau ‘hiking’. Tak kira golongan muda dan belia, masing-masing dilihat mencari lokasi sesuai untuk kembali aktif selepas lama terperuk dirumah.
Namun begitu, menerusi satu perkongsian rakaman TikTok seorang pengguna dikenali sebagai @haishah.hashram, dia telah memuat naik video seorang warga emas yang turut sama mendaki di puncak Bukit Panau, Tanah Merah.
@haishah.hashram korang ada tak ? Kasii fyp yee bagi semangat dekat budak2 muda 🤣 #fypgakni #fypシ #betajanjibetajga🥰😁🌹
Menurut @haishah.hashram, neneknya itu bukan hanya memakai jubah sahaja ketika mendaki, tetapi turut tidak kelihatan penat walaupun sudah sampai di puncak.
Warga emas itu yang ditemani anak serta cucu-cucunya kelihatan girang sekali sewaktu berjaya sampai ke puncak dan sempat berlari-lari kecil walaupun beberapa hiker yang lebih muda sudah duduk menghilangkan penat.
@haishah.hashram Reply to @manzssss__ haa ni tnpa lagu okie 😘
Disebab usia nenek kepada pengguna TikTok itu sudah pun menjangkau 70-an, ramai hiker yang sama-sama mendaki telah mengambil gambar bersama warga emas itu kerana kagum melihat tenaga serta fizikalnya yang masih cerdas.
@haishah.hashram Part 2 uollss sorry tk record bnyk masa nk turun 😭 #fypシ #fypgakni
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji nenek kepada @haishah.hashram serta membahas baju jubah yang dipakainya.
Sumber: TikTok @haishah.hashram
