Pendakwah bebas, Firdaus Wong dilihat semakin berani memperlihatkan bukti-bukti yang diperoleh daripada mangsa serangan seksual yang dikaitkan dengan seorang insan yang disegani ramai.
Kali ini, beliau dengan yakin telah memuat naik video sumpah laknat daripada abang kepada mangsa bagi menguatkan lagi dakwaan serangan seksual yang dihadapi oleh mangsa.
Menurutnya, rakaman sumpah laknat tersebut dibuat sebagai salah satu sokongan buat mangsa yang telah mengalami penderitaan sejak menerima mesej serta panggilan lucah daripada individu tersebut sehingga pernah berniat mahu membunuh diri kerana kemurungan melampau.
Menerusi saluran Telegram Firdaus Wong Wai Hung, belum memaklumkan sempat bercakap dengan ahli keluarga mangsa kira-kira 40 minit. Dalam perbualan tersebut, mereka memberikan kata-kata semangat kepada pendakwah itu supaya usah gentar dengan segala
Walau bagaimanapun, Firdaus memaklumkan yang dia sentiasa memaafkan insan-insan yang memaki hamun dirinya dan menuduhnya sebagai dengki serta berdendam terhadap individu tersebut.
Pendedahan-pendedahan yang dilakukan Pengasas dan Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) semuanya telah mendapat kebenaran keluarga mangsa dan pihak mereka juga sudah pun melakukan laporan polis berhubung kes serangan seksual melibatkan seorang pendakwah yang disegani negara.
Sumber: Telegram Firdaus Wong Wai Hung