Penerbit terkenal, Datuk A Aida mengejutkan ramai apabila dikerjakan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Berita tersebut dimaklumkan oleh sahabatnya, Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya sebentar tadi.
Izhar berkata A Aida menerima rawatan di sebuah pusat perubatan terletak di Ibu Negara.
Bagaimanapun, punca kemasukan pengarah tersebut tidak dijelaskan, namun Izhar berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesembuhan sahabatnya itu.




